Agung Inspirasi

Visi-Visi Pencerahan

Mengenal Kitab-Kitab Rujukan Ilmu Hadist June 14, 2007

Filed under: Hadist — ainspirasi @ 1:19 am

Oleh :
Ust Hj Zaharuddin Bin Hj Abd Rahman
Universiti al-Yarmouk,
Jordan
zaharuddin@yahoo.com

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para ahli keluarganya dan sahabatnya serta mereka yang menurutinya dengan kebenaran.
 
Penulisan ini ditulis khasus untuk para pencinta ilmu hadith serta para pelajar ilmu Islam di tingkat permulaan dan pertengahan. Penulisan ini hanya menumpukan aspek sumber rujukan (kitab utama) dalam pengajian ilmu hadith dan tidak akan mengulas bab-bab hadith yang lain. Penulisan ini akan menjelaskan topik-topik berikut. 
 

1. Kitab-kitab utama dalam ilmu hadith.
2. Kitab-kitab utama dalam bidang ‘ulum hadith, maudu’at dll.
3. Kitab-kitab utama dalam ilmu rijal hadith. 
 

Bagaimanapaun, penulisan ini tidak akan melengkapi keseluruhan kitab utama, bahkan ia cuma sebagai panduan kepada beberapa kitab yang muktamad dalam bidang hadith dan ilmu-ilmunya.

KITAB-KITAB UTAMA DALAM ILMU HADITH

1. Shohih al-Bukhari  

·    Ditulis oleh Imam al-Hafiz Muhammad Bin Ismail al-Bukhari, lahir pada 13 Syawal tahun 194 H, wafat pd 256 H.

·    Tergerak hati untuk mengumpulkan hadith2 shohih apabila mendengar kalam salah seorang gurunya iaitu Imam Ishak Rahawaih berkata “ Sekiranya kamu mengumpulkan sebuah kitab yang ringkas bagi hadith2 shohih dari Nabi SAW”

·    Kitab beliau menduduki tangga teratas selepas al-Quran. Menurut Ibn Hajar al-asqolani dalam muqaddimah Fath al-Bari Shohih Bukhari mempunyai 7398 hadith dengan perulangan. Tanpa perulangan sebanyak 2602 hadith.

·    Lebih utama daripada shohih Muslim karena :

a)      Imam Bukhari mensyaratkan setiap perawi yang mengambil dari   perawi lain mesti berada dalam satu zaman dan mesti berjumpa sekurang-kurangnya sekali. Manakala Imam Muslim hanya mensyaratkan berada di satu zaman, tanpa syarat berjumpa. 

 b)      Imam Bukhari lebih merupakan seorang yang faqih berbanding Imam Muslim.  

c)       Imam Bukhari tidak mengambil hadith dari Imam Muslim, manakala Muslim mengambil dari Bukhari.  

d)      Bukhari mengkaji perihal perawi. 

e)      Para perawi yang dikritik dalam sanad hadtih dalam shohih Bukhari hanya lebih kurang 80 orang sahaja. Manakala Muslim lebih kurang 160 orang. Dalam keadaan Bukhari mengambil Hadith dari guru2nya yang amat dikenalinya, kebanyakan guru2 nya telah dikritik sebagai dhoif, tetapi beilau lebih kenal akan guru2nya daripada para pengkritik.

 f)        Kurangnya pengkritik ke atas Bukhari dari sudut ‘syaz’ dan ‘illah’ berbanding Muslim. Bukhari sebanyak 78, manakala Muslim sebanyak 130.

 ·    Kitab syarah dan ringkasan Shohih Bukhari terlampau banyak, hinggakan kitab syarahnya sahaja mencecah 82 buah ( Sila lihat Kasyf az-Zunun)  ·    Syarah Bukhari yang paling popular adalah :

a)      I’lam as-Sunan, Imam al-Khattabi ( 386 H)

b)      At-Tanqih, Imam Badr al-Deen al-Zarkasyi (794 H)

 c)       Fath al-Bari, Al-Hafiz Ibn Hajar al-asqolani (852 H)

d)      Umdah al-Qari, Badr ad-din al-‘aini (855H)

e)      At-Tawsyikh, Al-Hafiz Jalaluddin As-Suyuti (911H)

f)        Irsyad al-Sari, Ahmad Bin Muhd al-Qastalani (923 H)  

·    Kitab khusus yang meneliti perawi2 di dalam shohih Bukhari :

a)      Asma’ Rijal Shohih al-Bukhari, Ahmad Bin Muhd Al-Kalabazi (398 H)

 

2. Shohih Muslim  

·    Ditulis oleh Imam al-Hafiz Muslim Bin Hajjaj al-Qusyairy al-Nisaburi lahir 204 H, wafat 261 H. Menduduki tangga kedua selepas Shohih Bukhari atas sebab2 yang dinyatakan di atas.

·    Bagaimanapun, Shohih Muslim lebih terkenal dibanding shohih Bukhari dari sudut ilmu penulisan, seperti Muslim tidak banyak perulangan hadith, begitu juga isnad. Ia juga menggabungkan seluruh hadist berkaitan dalam satu bab, juga meletakkan jalan2 (turuq) yang diredhainya. Begitu juga meletakkan isnad dan lafaz yang berbeda, yang mana itu menjadikan lebih mudah bagi pengkaji dibanding Bukhari.

·    Hadist di dalamnya sebanyak 7275 dengan perulangan, sebanyak 4000 tanpa ulang.

·    Imam Muslim mempunyai kaedah tersendiri yang hebat dalam menringkaskan sanad menurut keadah matematik.

·    Kitab syarahnya mencecah 15 buah. Yang terpopular :

a)      Al-Mu’lim bi fawaid Muslim, Imam Muhd Ali Al-Mazari al-Maliki (536 H)

b)      Ikmal al-Mu’allim bi fawaid Muslim, Al-Qadhi ‘Iyadh al-Maliki (544 H)

c)      Al-Minhaj Syarh Shohih Muslim, Imam an-Nawawi (676 H)

d)      Talkhis Shohih Muslim wa syarhuh, Ahmad Umar al-Qurtubi (656H) – kitab ikhtisor Muslim

e)      Mukhtasor al-Hafiz Zaki ad-Din al-Munziri (656H)

·    Kitab yang meneliti rijal( perawi) dalam shohih Muslim:

a)      Rijal Shohih al-Imam Muslim, Ahmad Ali Manjuyah ( 428 H)

b)      Rijal al-Bukhari wa Muslim, Al-Hafiz al-Dar Qutni (385 H)

 

3. Sunan An-Nasaie

  • Ditulis oleh Imam al-Hafiz Ahmad Bin Syuaib al-Khurasani (215 H-303H). 

  • Ia menduduki tempat ketiga karena merupakan sunan yang tersedikit mengandung hadith Dhoif.( demikian menurut Dr Mustofa as-Siba’ie dalam kitabnya as-Sunnah wa makanatuha fi at-Tasyri’ al-Islami). Imam Suyuti menyatakan pula sunan ini adalah terbersih sanadnya dari empat sunan selepas shohihain. (lihat Zahr al-Ruba, 1/3, juga Syurut al-aimmah al-sittah, Al-Maqdisi, ms 12)

  • Beliau menjelaskan perihal rawi dari sudut shohih, dan asoh, dhoif dan ad’af.

  • Hadith dalam kitabnya terbagi  3 jenis:

a).    Hadith yang dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim.

b).    Hadith shohih di atas syarat Bukhari dan Muslim, tetapi tidak dikeluarkan oleh mereka berdua.

c).    Hadith yang terpisah dari illat hadith, difahami oleh ahli ilmu.Aa

·        Kitab syarahnya :

a).    Zahru al-Ruba ‘ala al-Mujtaba, Imam As-Suyuti (911 H)

b).    Ihktisharnya dikarang oleh Imam as-Sandi (1138 H)

 

4. Sunan Abu Daud

·    Ditulis oleh Imam al-Hafiz Sulaiman bin As’ath al-Sijistani (202 H- 275 H)

·        Beliau mengeluarkan hadith dari kumpulan 500,000 hadith lalu memilih yang terbaik. Sunannya mencecah 4800 hadith.

·        Beliau menghadkan sunannya kepada hadith ahkam, lalu merupakan kitab hadith pertama yang bersifat kumpulan hadith ahkam.

·        Jika hadith dlm kitabnya terlampau wahan, beliau akan menjelaskannya, (Ibnu Solah menaqalkan kalam Abu Daud sendiri)

·        Kitab beliau istimewa kerana menyebut masalah2 furu’. Cthnya dalam Bab al-Adab yang mempunyai 80 bab. Juga mengandungi perincian terhdp sunnah perbuatan, perkataan, taqrir dan sifat Nabi.

·        Syarahnya oleh :

a).    Imam Al-Khattabi ( 386 H), Ma’alim as-Sunan

b).    Qutb ad-Din as-Syafie (752 H)

c).    Al-Syeikh Shihabuddin Ar-Ramli al-Syafie (844 H)

d).    Syaraf al-Haq Abadi, ‘Aun al-Ma’bud

·        Ikhtisornya oleh :

a).    Al-Hafiz al-Munziri ( 656 H)

b).    Imam Ibn Qayyim (751 H)- beserta syarah.

 

5. Sunan at-Tirmidzi / al-Jami’ li Imam at-Tirmidzi  

·  Imam al-Hafiz Abu Isa Muhd Bin Isa at-Tirmidzi ( 209 H – 270 H)

·  Sunannya disusun menurut bab feqh dan lainnya, terkandung hadith Shohih, Hasan dan Dhoif. Beserta penjelasan darjah (kekuatan) hadith.

·  Ia merupakan kitab yang khusus dalam menyatakan Hadith2 bertaraf Hasan. Ini kerana beliaulah yang pertama mengkelaskan hadith sbg Hasan lalu menjadikan kitabnya sebagai sumber utama untuk tujuan itu.

·  Kitab beliau ini tidak sunyi dari kritikan para ulama’ hadith, serta dianggap beliau ‘mutasahil’ dalam men’shohih’ dan meng’hasan’ serta mengambil hadith dari rijal dhu’afak (perawi dhoif) dan ‘Matruk’. Antara yang mengkritik ini adalah al-Imam al-Hafiz Shamsuddin az-Zahabi ( 748 H). Rujuk Mizan al-I’tidal krgn az-Zahabi.

a)      Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi adalah b)      Perawi dalam Isnadnya tidak dituduh ‘al-kizb’ ( pembohong). c)      Tidak ‘syazd)      Diriwayatkan lebih dari satu jalan. (lihat al-ilal al-Shoghir , Imam at-Timidzi, 5/658)

·  Syarahnya oleh:

a)      Abu Bakar Ibn al-‘arabi (543 H) ‘aridatul ahwazi.

b)       Imam As-Suyuti as-Syafie (911 H)

c)       Ibn Rejab al-Hanbali (795 H)

d)      Abd Rahman al-Mubarakpuri al-Hindi ( 1353 H), Tuhfatul ahwazi. 

6. Sunan Ibn Majah  

·  Oleh Imam al-Hafiz Yazid Bin Majah ( 207 H – 263 H),

·  Mengandungi lebih kurang 4000 hadith.

·  Ulama’ terdahulu hanya menjadikan usul utama hadith dalam 5 kitab yang disebut di atas, lalu ulama’ terkemudian meletakkan kitabnya di nombor 6 krn banyaknya manfaat dlm bidang feqh. Individu yang pertama meletakkannya di tangga ke 6 adalah, al-Hafiz Muhd Bin Tohir al-Maqdisi (507 H).

·  Bagaimanapun terdpat ikhtilaf dalam meletakkan kitab hadith di tangga ke 6, ada yang memilih Muwatta’ Imam Malik, atau Sunan ad-Darimi. Ini adalah karen Ibn Majah terkenal mengeluarkan hadith dari perawi yang dituduh pembohong dan pencuri hadith.

·    Syarahnya oleh:

a)      Muhd Musa al-Damiri ( 808 H)

b)      Imam as-Suyuti (911 H) , Misbah az-Zujajah ala sunan Ibn Majah.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s